Bihun (separuh; direndam)
3 ulas bawang putih
3 ketul bawang merah
Cili boh (1 senduk ; kalau takleh makan pedas, satu sudu sudah)
1 senduk ikan bilis (direndam dan ditumbuk)
1 senduk udang kering (direndam dan ditumbuk)
kicap manis (sesedap rasa)
sos tiram (sesedap rasa)
garam
gula
Fishball
Ayam
Daging (ha pilihla mana2 nak letak)
Rutin.
Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, masukkan bawang merah dan bawang putih. lepastu masukkan udang kering dan ikan bilis. Lepastu masukkan cili boh.
Bila cili dah naik minyak (Lol), masukkan (ayam; daging; fishball; udang; suka hati) tunggu sampai masak. Agak agak je la sebab japgi nak masukkan bihun plak kan.
okay masuk bihun. lepastu balik-balikkan. kalau perlu, potong-potong dengan sudip tu. Bagi senang sikit nak suap. Ikut kaulah. nak panjang2 mcm spaghetti, ha ikut suka.
Lepastu bila agak2 dah masak, masukkan telur. curah sekeliling bihun. takpun buat lubang tengah2 kuali tu. baru curah. Taknak pun takpe. Lepastu balik balikkan. Kita takmau dia melekat kat kuali. Nnti susah nak basuh.
Kecilkan api. Sambung balik-balikkan. Bihun belum masak betul lagi tu.
Agak2 dah masak, tutup api.
Angkat dan hidang. kalau nak, kacau telur dua butir, goreng. pehtu gulung. potong. dan hidang bersama bihun.
Siap.
No comments:
Post a Comment