Thursday, April 21, 2011

high school clique

contoh semata mata





hey. seloser loser aku nie pun, aku ada clique jugak tau dulu kat sekolah menengah !
( even though i DO hate high school so much, but these lovely girls sorta help me got through .

okay. firstly,

masa form1 aku baik dengan wanie stg ^_^ anak jati kulim . anak bongsu lak tuh . manjanya ya allah ... tengok muka bolehlah tahan ganas . tapi elok bapak dia lalu ja, aku pun garu kepala . apa taknya, serta merta suara bertukar jadik doraemon . hilang keganasan yang selama ni aku ingat taraf rock kapak "=..= heheheheee .


form 2, this lovely girl pulak C:
nama? Fathin Nur Najati . dia budak perak . comel orangnya C: birthday dia hari ni tau ! (21st. of April ) dia anak bongsu, so manja tu biasalahh ^_^ oh, dia pun ada blog tau . dekat SINI kalau nak tengok .
well, when we were together during those days, we were like LAKI BINI . and that's what other my unitmates called us both :p maybe because we kinda completed each other . sorta miss that now :')

itu kat unit, kalau kat kelas, dengan iqbal . kebetulan pulak bapak kita kenal sama kenal .. aku pun tak tau macam mana kita boleh in . mungkin sebab kita sama kelas daripada tingkatan satu? hahaha . best gila kawan dengan hang . dahlah suka buat lawak sampai orang gelak sampai nak jatuh, pandai lak tuh, ke taiping juga kau akhirnya kawan C: so kisah kita tamat di tingkatan tiga. hahahahaha .

well, form 3, i'm stuck with these two awesome girls .
Fadzlina anak Pak Li ngan Amira anak Uncle Zack .
dua2 pandai . fadz, budak comel yang ramai peminat . haha . jangan marah ea .. dulu aku penah lepak rumah dia gak barang sehari dua, so aku baru aku tau mana dia dapat perangai dia tu .. mana taknya, mak ayah dia pun orang baik .. C:
Mira pulak, budak paling blurr aku penah jumpa . sekarang nie dah sampai ke Sarawak dah pun sebab nak kejar cita2 .. tahniah wei .. nanti dah jadi doktor, boleh aku pi free . ngee .
sadly, we had to say goodbye to each other at the end of the year because one has to stay, one has to move out to kl and one more has to join pkp .
so they say, people left for better . ce ce . pepandai pulak aku buat ayat sendiri . so, this is it .

form 4 and form 5 ? don't ask me . those years were like, the BEST year EVER ! during that year, i get to know these girls and got to join them . There were five of us . Tihah, Intan, Aimi, Syifaa, and Fathin . oh no, six. oh, i forgot to include myself . :p okay , six of us .



Fatihah, budak langkawi, aku kenal erti persahabatan daripada dia . sumpah selama ni , aku tak pernah faham perkara2 tentang persahabatan, sampailah kita satu geng :')
Intan, budak kecik dari mrsm terendak, bendul yaaa amat, tapi hebaaaaat, mentor addmath aku tuh, jangan main2! cukup tabah bila ngajor aku addmath. tau2 jelah aku nie lembap taraf siput sedut masuk air kalau masuk bab addmath nie :p
Aimi, budak perlis, aku rasa kalau ada anugerah budak suka sengih memanjang, dia lah dapat kut . gigi dah lawa, aku rasa boleh dapat duit banyak paaa kalau take part dalam ad kolget :p
Syifaa, orang kampung aku nie ..... tanyalah apa apa pun pasai akaun, dia nombor satu wooo .. tak cukup lagi, dahlah mixed pakistan, bulu mata mata toksah cakap lahh .. lentik dia kalah bulu mata unta wooo .
and last but not least, besty aku masa kitorang form2, fathin .. tapi masuk form5 dia lagi rapat dengan aimi, so aku takleh komen banyaklah waktu nie ..



yet we didn't start smooth tau . mula2 kenal dulu musuh, tambah2 dengan tihah . heee . tapi bila dah kenal, hahahahaha havoc gak jadiknya .. dah macam rojak . macam2 pe'el ada . but we still stick together .
well, as usual, laki bini pun gaduh, apatah geng macam kitorang nie .. eh lupa pulak . geng kitorang ada nama best .. WANTED . hahaha . mana mai pun aku dah tak ingat . kebiasaan, untuk permulaan tahun bagi tingkatan empat , kitaorang masih digelar tingkatan tiga lagi . tapi tingkatan tiga lanjutan la .. perasan muda plak waktu tuh . hihih . so, masa2 sewaktu program tiga lanjutan tuh selalunya diisi oleh program2 maktab . selalunya ceramah kaedah belajar biologi lah , addmath lah, cara nak hafallah . macam macam . tapi kami boleh pulak duduk belakang tu main2 syarikat . ada setiausaha, CEO lah, pereka baju untuk ceo, syarikat saingan, hahaha . seronok betul :') itu tak masuk lagi aktiviti2 bergambar bajet next top model masing2 .

masuk tingkatan empat, kami pun berpisah ikut kelas masing2 .. nasib aku baik sebab aku sekelas dengan tihah ngan fathin . so, wujudlah liyaq .. haha .. liya memang agak popular dengan perangai 'gila gila' dia tuh dulu .. tapi sekarang dah ayu dahh .. aku agak okay jugak dengan minah ni .. selalunya kalau ada masalah, aku selalu talk talk ngan dia. thanks liya . dulu kita janji konon nak pakai braces sama2, so that masa reunion nanti masing2 dah cantik dah gigi . tapi hang pakai dulu lah nampaknya liya ... hahaha .

tingkatan lima, aku mula rapat dengan aisyah . tapi kat unit je lah baru .. sikiiiiiiiiiiiit lah .. sebabnya, aku start rapat ngan dia selama ni sebab dia , eh bukan takat dia, dengan mak dia , buat makanan yang aku suka . so, aku pun,heee 'pau'lah dia .. ada sekali tu, mak dia buat chocolate cake , sumpah best gila . tuh tak cerita trifle yang dia buat lagi, hahaha . tomyam lagi ... okay dah2 . enaf with food .
dah abis spm neh, entah macam mana , we kinda share our life's secret together . and i think that's what kinda bond us now . seronok gak kawan ngan budak ni . sape berani buli aku, aku call je dia .. heeeeee .. jangan marah yeeee ayeshaaaaa :p

and last but not least, masa asasi . aku boleh mention nama2 yang aku suka kawan ngan diorang .
-zulaikha mahadzir, orang yang bertanggungjawab membuatkan aku gila dengan kpop, hee kamsanhamnidaa chingu yaa, teman bergosip aku walaupun bilik nun di hujung planet, (jangan marah ya kawannnn :p )
-afiqa liyana aka elle,madu aku merangkap isteri pertama (laki kami fizie :P ) dan juga pembuli aku nombor satu dalam dan luar kelas, tapi selalu, like, SELALU tolong aku,
-cikgu izzati azman :p, selalu bagi nasihat kat aku tentang hidup dan pandai sangat ajar orang cemana nak enjoy,
-hafizie yusof C: , kawan lelaki paling terBAIK aku penah ada, harap you bahagia okay sweetie?
-ash,even kita mula rapat masa tengah exam, aku still enjoy kawan dengan kau C:,
-syuha, we just got to know each other in other people's room, and things still kinda workout between us . glad with it C:
-jiha, roommate aku masa sem 1 .. banyak tolong aku masa aku baru nak kenal kehidupan kat kolej :')
rindunya cara kau kejut aku , cara kau membebel, cara kau ajar aku sesuatu, cara kau melazerrr . dahlah anak angkat mak aku lak tuh. heiiiii . hahaha~~
-mun, roommate aku masa sem 2 .. geng cerita korea aku .. kalau ada apa2 stok cerita, kitorang selalu kongsi sama2  , heheee . suka cara dia belajar, kalau dia tak boleh belajar, dia tidur . hahahaha . xdepun nak stress2 ke hapa , kalau aku ada problem, selalu gak tolong aku .. teman aku bergosip .. hahahah .. walaupun dah dekat nak abes asasi baru kita rapat, aku still sayang kau lebih tau mumu ! hihih .

-and LAST BUT NOT LEAST, pahan. kawan sekolah rendah aku. nak sumbat jugak dia ni. dulu masa aku sekolah ngan dia, aku rasa aku jarang sangat bercakap dengan dia. almaklum, pahan mmg dikenali sebagai seorang pendiam. so aku dulu bila orang diam2 ni aku malas nak kacau sikit. tapi dia cakap, aku dulu pernah cubit dia. okay sumpah aku tak ingat sebab apa. tapi.. sebab aku cubit tu la hg ingat aku kan pahan? kan kan? mengaku cepat? :P hmmm.. aku boleh keep in touch dgn dia ni pun baru2 ni ja. start dari asasi. taktau celah mana tah boleh tiba2 jadi baik plak. magic sungguh. kehkehkeh.

so, orang2 nie la yang menambahkan warna warna dalam kehidupan aku ... itu baru sikit, ada ramaaaaai lagi . fendi,wana si gemok :p, kak pah, lili, nisha, sambegi, helmi, abby, amal, diyana, riza .... tapi aku dah tak larat nak taip dah , so aku pilih antara yang rajin kontek aku dan yang pandai buat kita rasa selesa dengan dia .. tak lupa jugak yang betul2 ikhlas kawan ngan aku ^_< you know what i mean kan ? hahahahahah . adil tak ? adil tak ?


7 comments:

aPHiC LavEnd said...

eh.. ad nm aku.. tanx nadia coz still igt aku.. :) love u.. :D

Di said...

hahaha . once a friend, always, i consider as one C:

Di said...

hmm .. tunggu hang abes pakai kut baru aku boleh pakai ...

fathin nur najati said...

syg!!!:P love u!xoxo.

shhhh~~ said...

<3

LOL~
we're bonded by FOOD! :p
ily kawan!!

Di said...

friends, just who i am w'out all of you .. (':

THEJIHAZULK said...

hebat nya ;)