Wednesday, June 22, 2011

ada orang sayang awak


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda .

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara .

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda .

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda .

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur .....

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang .

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia .

8. Anda seorang yang istimewa dan unik .

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda .

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya .

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka .

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya .

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima . Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela .....

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya .

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik . Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia . Walaupun punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga .

2 comments:

Izyan Masri said...

TERUJANYA BACA BENDA NI !!!:D

Di said...

kita terjumpa kat mana tah.. saja share ^^