Sunday, April 17, 2016

Hymn for the weekend

May God bless whoever runs KTM now.
Kemudahan surau dan cafe saaangat selesa. For me it's enough lah.

Kali pertama aku solat kat musolla ETS. sebelum ni solat di tempat duduk aje. Telekung dan sejadah dah disediakan. Takdela besar mana, tapi cukupla untuk satu orang/dua orang solat.

Aaaanyway. aku baru balik dari mengambil jubah. Menginap di rumah Ati. nasib kau la Rumah dia tengah renovate. tapi selesa je pun. sebab bilik Ati dah lama siap. Bilik air dia fuh puas aku mandi pasal pakai air kolah. Shower memang ada tapi pakai air kolah syahdu + nostalgic sikit kot. Lol.

Kelmarin penat beratur dalam panas. tapi alhamdulillah la kami sihat walafiat. aku tengok ada sorang brader tu siap dengan  crutches ambil jubah. So aku sangat bersyukurlah dengan kesihatan aku sekarang.

And baaaaaaanyak sangat aku splurge untuk makanan. Nak harey hari jumaat tu sampai sampai je melepak di nü sentral. sementara nak tunggu Ati habis kerja, sempatla aku makan macam2 jajan [read: 2 servings of takoyaki, hot n roll(pizza beef), chatime regular sized, bebola ayam & mashed potato masa tengok wayang seram]
lepastu lepak surau GSC pulak. adalah dalam sejam jugak ke 45mins je entah.

lepastu Elle datang, Ati pun. so kitorang lepak minum minum di Gravy Cafe amenda. lepastu pekena sushi dengan sashimi di Sushi Zanmai. i forgot how good it was there. and my first time pekena sashimi di situ? terharuuuuuu sebab kenapa s-e-d-a-p sangat. aaaaasfhdgjkllzxbmvn

Lepastu pergi Melur & Thyme pergi jenguk kejap firmmates Ati di situ sebelum bergerak ke Bangsar untuk berjumpa dengan Ayun. Kat situ kitorang lepak PappaRich. Mula mula ingat nak lepak Nirwana, tapi macam biasa, tempat tu penuh nakharey so tak jadi. 

Esoknya (hari Sabtu) jam 12 gerak ke Shah Alam dan lunch di Orkid Thai dengan classmates Ati. Lepas makan, terus gerak ke UiTM. so sampai dalam 2.45ptg jugak. By 5, baru selesai semua alhamdulillah! Lepastu lepak dengan Ayun bertiga kitorang (Aku Ati Ayun) kat Kedai Kopi. Semua pakat pakat order air je semua dahaga ya AMAT. aku dah order air kelapa. My thirst is quenched! Ayun chow, kitorang pergi kedai telefon kejap pasal aku nak tukar tempered glass phone aku ni. Tapi yang gelap biasa aku pakai tak ada stock. aku suka yang gelap pasal aku ada silau jugak rabun aku no. dan paling penting people cannot peek whenever I'm on it. Sayangnya dah tak ada, aku tukar jelah yang biasa rm8 :(

Lepas tu ke Wong Solo. Ati baik giler melayan kerenah anak dia yang sorang ni lolz.

dalam jam 9 kitorang dah gerak balik Langat and i thought to go tunjuk bintang later, tapi tak jadi sebab Ati sibuk mengemas rumah dengan ahli2 keluarga yang lain. dalam 2 pagi baru selesai semua kot rasanya.

dan harini, not much. tido sampai jam 10, aku asyik bangun baring tido mandi baring tido last2 aku kejut Ati suruh dia bangun mandi herherherherrr

dah breakfast rumah Nenek Ati (buruk tak perangai datang makan aje i know jangan marah) kitorang balik rumah Ati balik (selang 2,3 rumah aje) main main phone kat ruang tamu, terlelap di situ sampai 2,3mins sebelum Azan Zohor berkumandang aku terjaga then lepak bilik before solat. dah siap semua, gi rumah nenek salam semua orang, diorang ajak lunch pulak amboi lauk sedap sedap lagi pulak aku kontrol diri makan sikit aje walaupun Salad Nogori aku macam melantaks sikit. eherherher

jam 3.40petang kitorang gerak, dalam jam 5 baru sampai Nü sentral. gi lunch (again) i ate Lamb Kofta not bad. saiz Small je pun kenyang macam makan satu ekor kambing (acah sangat) itupun dalam RM67 nokharey. then akupun kocoh kocoh la salam peluk cium Ati semua ke Platform 9 3/4 ok acah Harry Potato. Dah lari lari tengok2 delay 15mins. aku nampak ada kedai buku. masuk kejap dan nampak buku2 untuk belajar bahasa Asing. Cari bahasa Jepun dang it nampak Vol 2 je. Vol 1 harey habeh kena telan ka. lepastu terus diorang buat announcement Train dah sampai so aku tak belilah :( sedih

dan sekarang aku masih dalam train. baru lepas Ipoh rasanya.
semoga perjalanan kami selamat.
Amin.

Tq Ati for your hospitality wuaa nak nangis sebab terharuuu
xoxoxo


p.s. tak lupa buat MakCik umur 70 yang duduk sebelah aku yang sangat wise dan aku ada berharap sikit supaya mak mertua aku cool sebegitu. or susah sangat, aku aje jadi gitu.

p.p.s. Q is getting married. She'll be getting engaged before 30th of May (of this year jugak can you believe that!), sebelum parents dia pergi Mekah.  Paling  awal, mungkin Sept dia akan nikah. tarikh bebetul betul katanya later baru decide. I'm soo happy for herrr but i feell soo sadd jugak at the same time :'( 

No comments: