Tuesday, May 12, 2015

Tempat makan marhaen.

Wokey. setakat duduk Shah Alam Seksyen 7 ni aku dah detect mana2 tempat yang aku suka makan.

Kalau laksa, aku suka pi makan kat gerai kecik kat corner depan Bangunan Worldwide ni.

Kalau rasa nak makan mi bandung ke, mi rebus ke, sotong kangkung ke, tahu bakar ke, aku pi Restoran Bisik Bisik.


Kalau nak makan char kuetiau, aku pi Restoran Sri Gemilang area Danaumas.

Kalau nak megi goreng telur mata, aku suka pi Ali's Corner.

Kalau nak makan Hot & Roll aku slalu pi yang kat Caltex sec3 tu. Awal2 pagi seawal jam 9 kot aku rasa dah buka. kena baik2 sikit dgn makcik indon tu, baru boleh dapat extra toppings teehee.

Rasa rajin sikit dan macam nak celebrate, aku suka pi ss15. Situ ada
- Tryst cafe, ada pancakes, segala waffle bawah rm10.
 - Upstairs Cafe, kopi2 dia best. makanan dia pun. tapi sekarang macam dah overpriced sikit.
- Joe's Kitchen. pizza murah dan sedap bagi aku.


No comments: