Tuesday, May 3, 2016

For once, can't ANY of my parents support my friendship?

seorang cakap aku ni menyusahkan.
menyesal jugak aku doa bapak aku dapat naik pangkat.
sejak naik pangkat duduk jauh ni memang tak boleh mintak duit dah
katanya dah 24.
aku belum mula kerja betul lagipun. baru je praktikal.
apa benda semua bapak aku dah expect aku bayar sendiri
dia ingat cukup rm1000 tu nak isi minyak, parking
starting this month, aku kena dah beli top up sendiri.
(selalu bapak aku top upkan rm30-rm50 ikut belas ihsan)

aku jealous dengan seorang kawan aku ni.
adik beradik lagi ramai 2x ganda dari aku
bapak dia pun kerja biasa je.
tapi kenapa bapak dia takdelah ikut sedap mulut je menghentam anak sendiri
kenapa ayah dia tak buat dia macam aku?

orang selalu ingat aku ni mewah
haram
baju pun kena merayu kalau nak beli
rasa macam mengemis dengan bapak sendiri
hina sungguh dah aku rasa bapak aku buat

menyampah dah aku
kalau ayah aku kerja biasa je
takdelah jadi macam sekarang kot
masa banyak habis kat kerja
duit pulak, aku pelik.
sebab ayah aku ni baru naik pangkat
tapi kenapa macam baru tambah keluarga?
nauzubillah

aku asalnya nak cakap pasal kenapa mak aku tak kasi dengan rela hati bagi aku pergi engagement kawan aku
tapi tiba tiba binatang ni pulak yang keluar

mak ayah aku ni takde pulak nak galakkan anak2 dia berdikari
lepastu bila sampai masa
nak baling ke dalam hutan
lepastu hiduplah kau pandai pandai

susah jugak jadi mak bapak ni
tapi aku rasa susah lagi jadi anak pertama yang kena jadi 'jaring' pertama
tikus putih makmal

aku nak pakai duit gaji aku je kot
tapi ye lah karang aku pergi, nanti duit short, mulalah nak cakap macammacam
mak aku ni dahlah suka fikir bukan bukan
lepastu masalahnya jadi kenyataan
penatlah aku

memang drama hidup aku
sebab aku cuba berusaha nak dapatkan apa yang aku nak
tapi kalau mak bapaklah penghalang kau
apa lagi aku boleh buat?

berdoa supaya sesiapa kutip aku jadi pasangan hidup?
lepastu baru aku bebas?
aku tak mintak bebas mana pun
tapi kalau sikit sikit kena condemn
macam sial jugak lah rasanya
batu kalau hari hari air lalu pun lekuk
besi kalau kena panas pun lama lama terbentuk pedang

haruslah aku ambil pedang tu tusuk jantung ni
biar semua puas hati

tapi hidup ni tak semudah tu
aku ada agama, mak bapak, nama keluarga nak kena jaga

berbalik ke isu bertunang kawan aku.

aku ingat nak tanya mak aku nanti nak gerak ke stesen ktm macam mana
sebabnya mak aku ni dah tetiap weekend asyik ulang alik ke arau je.
petang jumaat lepas balik sesi pagi dah gerak ke sana dah
alih alih mak aku 'bagi pendapat' (im sorry but i didnt ask for it)
"bukannya dekat."" bukan murah tiket." blablablabla
MAMPOS

either way, aku akan kena jugak.
kalau aku pergi, akan dikata degil, tak nak dengar cakap, bermasam muka, macam macam lah
kalau aku tak pergi, CONFIRM mesti tanya "dah tu haritu kenapa tak pergi?"
padahal benda dah lepas.
bapak aku memang layak lah jadi lawyer. lawyer buruk lah kot. tu pasal tak dapat jadi.
jadi polis je. ha hamek.

aku ingat kekangan kewangan aje
dah tu rupanya borang kebenaran pun sangkut juga.

ha mampuslah
malas aku nak fikir, lepastu hasilnya habuk pun tarak

baiklah aku tutup mata
beli je tiket
13hb, 11 malam aku pun sampai kl sentral dan kawan aku akan datang pick up

if only it was that easy


No comments: