Sunday, May 29, 2016

Mimpi Indah

semalam mimpi ada Mario Maurer
 \(@ ̄∇ ̄@)/

tapi tak ingat mimpi pasal apa 
 (´°̥̥̥̥̥̥̥̥ω°̥̥̥̥̥̥̥̥`)






p.s. 

katil baruuuuuuu!
*lari satu taman sambil junjung katil baru atas kepala*

Friday, May 27, 2016

My Post Breakup Songs

                   


i won't limit this only to one.
it can never be.
dolu dolu masa heartbreak heartache gila baby, the songs i would put on repeat would be

1. automatic - tokio hotel
2. harder than you know - escape the fate
3. so far away - a7x
4. dear god - a7x 

rock kan. sebab bila diorang jerit tu rasa nak jerit sekali. tapi tak boleh sebab takkan sesedap diorang lolz. so baik dengar dan nyanyi slow slow je dari belakang. 

5. potential breakup song - aly & aj
the lyrics could never relate to my situation but i ended up listening it just because. 

6. kenangan terindah - samsons
dulu tiap kali radio pasang lagu ni mata dah berkolam ikan koi dah.

7. nidji-hapus aku & nidji-sudah
harharhar.




8. only one - yellowcard
darn it i love this one so damn much. never i realised a song could make me hooked on it so darn much. i used to use this as my caller ringtone, berapa tahun entah tak tukar tukar. until recently i stopped using the number. 



one must go one with their lives, aren't they? 

Thursday, May 26, 2016

Boys

"Everything interests me, but nothing holds me."

I'm a type of person who alwayssss see nice things about people. That should includes boys jugak lah kan. 

So each day i will fall for people. yes. random people. like that song,
"sometimes love can hit you every day,
sometimes you can fall for everyone you see."

I've even been accused 'playgirl' for this! Lol. Entah apa yang dia faham pasal playgirl pun tak tahu. Yelah we were 14 kan. you can talk about anything without being an issue, unlike what we have today.

I honestly feel that good looking people are nice to see lah kan. and i tend to fall for them. normally, who doesn't kan. (not saying everyone applies to this though)

i don't know.. as much as i have weak spots for babies and old people, same goes to rhese people lah.

it'll appear as if i worship them more if they're pretty AND got the brain also.. i'm aware of this and i am defenseless with how my brain works ugh.

"They don't know what I know, they don't feel what I feel, they don't fear what I fear."

Wednesday, May 25, 2016

Not healthy.

Dengan ini, saya mengisytiharkan untuk tidak mendengar #FlyfmFlyWolfPact lagi mulai esok 25/05/2016.

Saya juga berjanji untuk membuang nombor telefon Flyfm daripada telefon bimbit saya.

Hal ini adalah kerana setiap kali saya menghubungi konti mereka, saya selalu dapat lepas ke talian mereka. Apabila itu terjadi, saya akan mula merepek dan memalukan diri.

Cukuplah memalukan diri pada Ivan pada malam sebelumnya dan kepada mereka bertiga pada keesokan paginya.

Sekian.

Saturday, May 21, 2016

Hostel

aku rasa dalam banyak banyak bilik hostel yang dihuni, bilik masa aku kat Kulim paling shiok sekali. Bilik 4. Locker ada dua. Duduk sorang.

Wednesday, May 18, 2016

Mom 897988765999, Child 8.

                       
Whoever says mothers are just mothers.
I can't believe my mom got this for me on random! 
I read this book some time ago on e-book and thought to search for it on the rack someday and magically it appeared on my hand instead!
Moms arr powerful now you know this for sure!

Tuesday, May 10, 2016

i see kitten i see me

everytime i see little kitten alone, i'll immediately feel tanks of pity rasa nak bawak ugh kesiannya you shouldn't be left alone what if it rains later? and you're alone? and hungry and no one to cuddle to :(

FAITH







why am i not shocked....
dalam dunia yang ada bermacam macam macam macam 'ilmu' ni
baik yang ditapis mahupun yang tidak
satu je yang boleh buat aku berpegang dengan akidah aku sekarang ni
always asking why TAPI kena faham yang basic dulu. WHICH IS KINDA BANYAK.

satu. solat lima waktu KENA cukup. aku pernah terbaca, kalau sempurna solat kau, insyallah sempurnalah kau. tapi ini solat pun kadang kadang nampak kaki, rukuk tak betul betul. sujud main buat macam ayam patuk padi langsung tak ada tuma'ninah, atau
pakai tudung sekadar aje, baju melekap kemains, seluar wow dua ketul, kasut sikit lagi nak tercium lantai (okay tak ada kena mengena), walaupun solat cukup lima waktu.

Haaa kena check lah balik. mungkin bacaan kau ada yang tidak sempurna. mungkin maksud bacaannya belum kau fahami (sebab solat sekadar nak kasi mak ayah nampak solat je), atau pun kau solat pun langsung idok.

yang lain? nantilah. lagipun ni penuh fallacy niiiihhhhh.
nantilah aku kupas. nak pergi bank teman ibu kbai

Saturday, May 7, 2016

some of my favourite songs from almost 10 yearsssss agoh

MIMPI YANG SEMPURNA

Mungkinkah bila kubertanya pada bintang-bintang
Dan bila kumulai merasa bahasa kesunyian

Sadarkah aku yang berjalan dalam kehampaan
Terdiam terpana terbata semua dalam keraguan

Aku dan semua yang terluka karena kita

Aku kan menghilang dalam gelap malam
Lepas ku melayang

Biarlah kubertanya pada bintang-bintang
Tentang arti kita
Dalam mimpi yang sempurna


*******************************************************************

BINTANG DI SURGA

Masih ku merasa angkuh
Terbang kenanganku jauh
Langit kan menangkapku
Walau kan terjatuh

Dan bila semua tercipta
Hanya untukku merasakan
Semua yang tercipta
Hampa hidup terasa

Lelah tatapku mencari
Arti untukku membagi
Menemani langkahku
Namun tak berarti

Dan bila semua tercipta
Tanpa harus ku merasakan
Cinta yang tersisa
Hampa hidup terasa

Bagai bintang di surga
Dan seluruh warna
Dan kasih yang setia
Dan cahaya nyata

Oh bintang di surga
Berikan cerita
Dan kasih yang setia
Dan cahaya nyata

i fine thank you

Finding a good movie to have reasons to cry is better than crying without even knowing why.
dan tiba tiba movie yang kau tengok tu haram tak sedih pun. jadah betoi la.

Friday, May 6, 2016

Plan B

aku kena kerja cepat cepat, lepastu simpan duit banyak banyak. so that bila mak ayah aku paksa nak kahwin, aku boleh bayar anyone berlakon jadik bf untuk 2,3 bulan. Paling teruk pun berlakon enam bulan. HAHAHAHA

Wednesday, May 4, 2016

"tunggu lah nanti bila dah kerja, ada suami....."

KALAU AKU TUNGGU NANTI

ESOK ESOK DAH TUA PAKAI APA PUN TAK CANTIK DAH
DAH TUA TAKKAN NAK BUAT PERANGAI PELIK2 DAH
(though i doubt it i'll ever change. i just hope there'll be someone with me to do weird stuff together.
praying hard it wont be a cat. or a bird. or a hamster. or a guinea pig. or even an adopted kid!)

THEY SAY THERE ARE NEVER UGLY WOMEN
JUST LAZY WOMEN

HABISTU
WHY CAN'T I HAVE ALL THE MONEY IN THE WORLDDDD
NOT ALL PEOPLE ARE BORN LUCKY, YKNOWWW

NI SEKARANG NI
KENAPA TAK ADA ANY PRINCE
FROM A SMALL COUNTRY
WITH WEALTH
FINDING A WIFE
AND THAT WIFE HAPPENS TO BE MEEEE

WHY CAN'T I BECOME THE "Oh, actually you know what? You're adopted. Your parents are the king and queen of blablabla"
WHY CAN'T IT BE LIKE THATTTTT

Queen of Insecurities

banganlah tiap kali aku nonton video youtube, tengok teevee, even tengok orang lalu lalang pun aku dah rasa insecure.
haruslah insecure kalau muka kau tak macam Amelia Henderson hokeh.
pores pun dah macam makin besar ni
haihh
facial bila lah ada masa + tempat bagus nak pergi

i tried almost my best EVERYtime i go out
to look confident
when i have NONE in me

so they say decorate your temple with confidence
but what do i have that i should be proud of?
takde mende pun.

ini pun aku dah mula makan supplement lah
aku beli kat oomori.my je sekarang ni
tapi tak boleh buka selalu website dia
sebab haram bukan boleh beli pun
(kalau taknak makan pasir)



waktu waktu usha make up ni lah aku mula berangan
duit berkepuk boleh beli itu ini
takpun ada laki tolong belikan
but of course kalau laki aku dapat belikan i wont be staying single like now kan

Tuhan knows what's best

adoi

Tuesday, May 3, 2016

For once, can't ANY of my parents support my friendship?

seorang cakap aku ni menyusahkan.
menyesal jugak aku doa bapak aku dapat naik pangkat.
sejak naik pangkat duduk jauh ni memang tak boleh mintak duit dah
katanya dah 24.
aku belum mula kerja betul lagipun. baru je praktikal.
apa benda semua bapak aku dah expect aku bayar sendiri
dia ingat cukup rm1000 tu nak isi minyak, parking
starting this month, aku kena dah beli top up sendiri.
(selalu bapak aku top upkan rm30-rm50 ikut belas ihsan)

aku jealous dengan seorang kawan aku ni.
adik beradik lagi ramai 2x ganda dari aku
bapak dia pun kerja biasa je.
tapi kenapa bapak dia takdelah ikut sedap mulut je menghentam anak sendiri
kenapa ayah dia tak buat dia macam aku?

orang selalu ingat aku ni mewah
haram
baju pun kena merayu kalau nak beli
rasa macam mengemis dengan bapak sendiri
hina sungguh dah aku rasa bapak aku buat

menyampah dah aku
kalau ayah aku kerja biasa je
takdelah jadi macam sekarang kot
masa banyak habis kat kerja
duit pulak, aku pelik.
sebab ayah aku ni baru naik pangkat
tapi kenapa macam baru tambah keluarga?
nauzubillah

aku asalnya nak cakap pasal kenapa mak aku tak kasi dengan rela hati bagi aku pergi engagement kawan aku
tapi tiba tiba binatang ni pulak yang keluar

mak ayah aku ni takde pulak nak galakkan anak2 dia berdikari
lepastu bila sampai masa
nak baling ke dalam hutan
lepastu hiduplah kau pandai pandai

susah jugak jadi mak bapak ni
tapi aku rasa susah lagi jadi anak pertama yang kena jadi 'jaring' pertama
tikus putih makmal

aku nak pakai duit gaji aku je kot
tapi ye lah karang aku pergi, nanti duit short, mulalah nak cakap macammacam
mak aku ni dahlah suka fikir bukan bukan
lepastu masalahnya jadi kenyataan
penatlah aku

memang drama hidup aku
sebab aku cuba berusaha nak dapatkan apa yang aku nak
tapi kalau mak bapaklah penghalang kau
apa lagi aku boleh buat?

berdoa supaya sesiapa kutip aku jadi pasangan hidup?
lepastu baru aku bebas?
aku tak mintak bebas mana pun
tapi kalau sikit sikit kena condemn
macam sial jugak lah rasanya
batu kalau hari hari air lalu pun lekuk
besi kalau kena panas pun lama lama terbentuk pedang

haruslah aku ambil pedang tu tusuk jantung ni
biar semua puas hati

tapi hidup ni tak semudah tu
aku ada agama, mak bapak, nama keluarga nak kena jaga

berbalik ke isu bertunang kawan aku.

aku ingat nak tanya mak aku nanti nak gerak ke stesen ktm macam mana
sebabnya mak aku ni dah tetiap weekend asyik ulang alik ke arau je.
petang jumaat lepas balik sesi pagi dah gerak ke sana dah
alih alih mak aku 'bagi pendapat' (im sorry but i didnt ask for it)
"bukannya dekat."" bukan murah tiket." blablablabla
MAMPOS

either way, aku akan kena jugak.
kalau aku pergi, akan dikata degil, tak nak dengar cakap, bermasam muka, macam macam lah
kalau aku tak pergi, CONFIRM mesti tanya "dah tu haritu kenapa tak pergi?"
padahal benda dah lepas.
bapak aku memang layak lah jadi lawyer. lawyer buruk lah kot. tu pasal tak dapat jadi.
jadi polis je. ha hamek.

aku ingat kekangan kewangan aje
dah tu rupanya borang kebenaran pun sangkut juga.

ha mampuslah
malas aku nak fikir, lepastu hasilnya habuk pun tarak

baiklah aku tutup mata
beli je tiket
13hb, 11 malam aku pun sampai kl sentral dan kawan aku akan datang pick up

if only it was that easy


Kedut

I WANT TO AGE GRACEFULLY TOOOOO

just like Julie Andrewsss