Monday, May 23, 2011

Day 4 : My Parents

entri kali ini adalah tentang mak bapak ye kawan kawan ....



so  ... kita mulakan dengan yang afdhal dulu ..
which is .. emak aku .

nama mak aku cik mala .  Sebagai seorang cikgu, amatlah wajib apabila beliau mempraktikkan kaedah guru disiplinnya kepada anaknya, iaitu aku. mungkin sebab aku yang  paling banyak songeh agaknya.hehe. lahir pada hari ke-29 dalam bulan julai 1966. Kampung ? kat perlis nun . jangan tanya aku macam mana pak ngan mak aku boleh end up together sebab aku xada lagi masa tu.  Suka sumbat aku makanan walaupun tau yang aku nak turunkan berat. paberet kaler? kuning, jingga, merah . anak paberet mak aku ialah adik lelaki aku. tak caya? sukahati.  anak terakhir daripada tiga adik beradik. so aku rasa beliau macam ada hal yang belum setel ngan makcik2 aku. ( pandai2 je aku.hehe)
 pernah accident tiga kali. kali terakhir mak aku accident,honda jazznya menjadi korban. mood swing. kalau mood baik, mak aku comel sangat sangat tapi still kena jaga jaga. kalau mood tak baik, paham paham sendirilah. sikap? sangat sensitif dan cepat terasa. but i guess all moms are typical in that way,eh? nama panggilan dalam keluarga? dik yau . sebab mak aku dulu suka keriyau ( menangis ) . nama panggilan kedua. lala. yang ni .. aku rasa mungkin sebab nama mak aku

normala -► mala -► la -►lala (?)






ayah aku lak.pak da. hobi? suka merewang naik moto kalau cuti or kalau dia rasa perlu. lahir 22 mei 1963. org nogori sombilan. anak terakhir daripada lapan adik beradik. bapak aku keja polis.so, sebagai polis yang berjaya, beliau juga telah mempraktikkan ilmu2 kepolisannya tatkala menyoal siasat anak anaknya. ayah aku pernah kerja kat jawi bukit aman dan pernah berkhidmat sebagai seorang polis hutan. dulu aku anak kebanggaan dia sebab aku yang paling mewarisi kaler kulitnya, iaitu koko manis . :p ayah aku suka panggil aku koko . dari kecik kot . haha . ayah kan, kalau boleh, dia akan berusaha untuk menyediakan semua yang anak anak dia nak. tapi disebabkan campur tangan pihak dalam, dah jadi kebiasaan ayah aku adalah mendahulukan anak lelakinya. lagipun, pewaris kan ? ayah aku cukup seronok kalau bercakap pasal politik, motor besar, berita dan macam2 lagi yang boleh tambah pengetahuan. dulu aku ingat, kalau aku kena marah, mesti ayah aku buat dono.dan pusing ke topik lain. sekarang baru aku perasan,, ayah aku ada kepakaran dalam bidang elak - mengelak . kalau tiba2 keadaan jadi hangat tiba2 , ayah aku akan keluarkan 'jurus'nya yg boleh membuatkan keadaan kembali sejuk. dulu, mak aku selalu cakap perangai aku ngan ayah aku sama je . mungkin sebab tu kalau mak aku marah kat ayah aku, dia lepas kat aku, tidak ? walaupun 49 days tu cerita je, tapi aku harap sangat kalau ayah aku boleh sayang aku macam tu. tapi mana boleh .. aku kan empat beradik dan itu cerita je kan ? whatever . ha ha .