Hari ini saya menghadapi meeting sambil potong bawang dan cendawan (secara senyap-senyap).
1. Saya goreng dulu strips (potongan panjang) ham ayam. Saya ingatkan nak goreng sampai garing, tapi dah terlanjur masuk ham semasa minyak tak betul2 panas lagi.
2. Kemudian bila dah macam garing sikit, saya campakkan masuk bawang putih dan bawang merah yang telah dipotong dadu kecil.
3. Setelah bawang-bawang tersebut naik baunya, saya kemudian masukkan cendawan yang telah dipotong.
4. Masukkan few dashes of Cayenne pepper, black pepper, dan potongan mentega bergaram (salter butter) dan masak sehingga naik baunya.
5. Setelah itu, saya masukkan pasta saya. Hari ini saya menggunakan pasta jenis angel hair kerana itu sahaja yang saya ada.
6. Setelah itu saya masukkan susu sedikit sedikit (heavy cream saya tak ada) dan kepingan keju cheddar. Parmesan saya tak ada. Mahei.
7. Tutup api dapur dan pecahkan kuning telur dua ketul ke dalam kuali yang sama sambil digaulkan mesra.
8. Siaaaapp!
Verdict: bagi saya, sedap per. Kena la dengan tekak melayu saya ni. Tapi lain kali mungkin ham tu saya akan masak sampai berjaya garing. Yang kat atas ni saya termasuk awal sangat telur. Tak cantik kejadiannya dah.
No comments:
Post a Comment