Step 1: Aku blend je bawang merah bawang putih dengan halia ni. Ikut suka kome lah nak mayang ke apa.
Step 2 : bancuh serbuk kari dengan air panas satu cawan.
Step 3: panaskan minyak. Bunga lawang, kulit kayu Manis dan benda hijau kecil tu. Dah Naik bau, masuk bahan yang dah blend tadi. Kacau sampai jadi karamel gitu. Bukan sampai hangus tau, caramelised camtu je.
Step 4: masuk bancuhan kari tadi. Kacau kacau dalam 6,7 minit. Tak kacau kang melekat kat dasar periuk tu.
Step 5: masuk ayam. Kacau kacau sebati ayam dengan bancuhan kari tadi sampai ayam tu kering sikit. Katanya bagi rasa ayam tu sejat kat kuah tu baru best. Katanyalah. Aku tak kata. Aku ikut je.
Step 6: masukkan ubi kentang yang telah dipotong enam tadi. Suka hati lah nak tambah bendi ke, tomato ke, ikut suka hati kau lah sebab kau yang nak makan kan. Kemudian tambah air dalam satu cawan. (Aku makan sorang Dan lagi prefer kuah gulai yang agak pekat. so ni ikut sukatan aku sorang makan je)
Step 7: bila dah mendidih masuk santan. Kacau sebati. Masuk asam gelugor, garam, gula masa ni. Aku takde asam gelugor so aku bancuh asam jawa dalam satu setengah sudu dengan air panas dalam setengah cawan. (I like it better when my cooking tastes a bit soury). Kacau kacau sebati. Masak lagi dalam 10 minit.
Step 8: rasa duluuuu. Dah stabil rasa? Tutup api. Makannnn.
So harini melayang rm220 untuk repair fridge rumah. Rosak masa aku je ada kat rumah. Nasib laa. Syukur ada savings sikit (savings untuk ke jepun la kunun lol) untuk emergency camni. Next week baru gaji. Ramadhan dah mula jumaat/sabtu ni. Semoga umur kita panjang bersama dengan kesihatan yang bagus sehingga ke Ramadhan yang seterusnya.
No comments:
Post a Comment